Rabu, 17 September 2025

Resipi Kari @ Gulai Udang



Bahan-bahan :

500 gram udang sederhana besar

2 sudu besar rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air)

1 sudu kecil halba campur

2 kuntum bunga lawang

1 batang kulit kayu manis

Setangkai daun kari

2 biji kentang (potong dadu besar)

1 cawan santan cair

2 cawan santan pekat

1 sudu besar bancuhan pati asam jawa

 

Bahan Tumbuk Halus :

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

 

Cara Memasaknya :

1. Udang dibersihkan dengan cara belah bahagian belakang (tidak buang kulit).

2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan halba campur, bahan tumbuk halus, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan pula bancuhan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan sedikit air jika kering. Kacau sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak.

5. Masukkan kentang, air asam jawa dan santan cair. Masak sehingga kentang empuk.

6. Kemudian masukkan pula udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.


Nota :

Udang tidak boleh direbus terlalu lama kerana nanti udang akan menjadi keras dan kurang enak.


Selasa, 16 September 2025

Resipi Kek Marble Pandan

Resipi Kek Marble Pandan

Resipi Kek Marble Pandan

Resipi Kek Marble Pandan


Bahan-bahan :

220 gram tepung kek

5 biji telur gred A

1/2 cawan susu cair

150 gram gula kastor

1 sudu kecil esen pandan

Sedikit pewarna hijau

150 gram mentega yang dicairkan

1 sudu penuh ovalet

 

Cara Membuatnya :

1. Kisar semua bahan di atas kecuali mentega.

2. Setelah tepung sebati dan kembang, masukkan mentega cair.

3. Pastikan mentega suam dahulu, tidak boleh terlalu panas.

4. Kacau secara kaup balik sehingga adunan sebati.

5. Ambil sedikit adunan jika nak tambah pewarna lagi.

6. Tuang dalam loyang 8x8 yang dialas dengan kertas minyak.

7. Buat deko mengikut citarasa sendiri.

8. Bakar pada suhu 130°C hingga 150°C mengikut ketuhar.

9. Masak selama 60 minit atau sehingga masak sepenuhnya.


Resipi Kek Batik Soft Crunchy @ TikTok Butter Surge




Bahan-bahan :

500 gram mentega  @ marjerin

1 cawan serbuk koko

1 cawan minuman malt coklat @ Milo @ Vico

1 ½ tin susu pekat manis

1 sudu teh creamy vanila @ esen vanila

800 gram biskut marie (patah 4)

 

Cara Membuatnya :

1. Campur semua bahan kecuali biskut marie dalam kuali atau peƱuk.

2. Kacau hingg sebati semua bahan menggunakan api yang perlahan.

3. Pastikan adunan tidak berketul.

4. Masak sehingga agak pekat dan boleh masukkan biskut.

5. Gaul sampai adunan tak melekat pada spatula.

6.Tutup api dan masukkan dalam loyang yang disapu dengan marjerin.

7. Tekan dan ratakan sehingga padat.

8. Letakkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 hingga 2 jam.

9. Apabila hendak makan, keluarkan lebih kurang 1 atau 2 jam lebih awal.